6.6.11

PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS

1.            Peranan Guru LINUS
1.1         Mengikuti kursus LINUS.
1.2         Melaksanakan P&P yang berkesan dan mengenal pasti murid LINUS.
1.3         Melaksanakan Diagnostik dan menganalisis dapatan Diagnostik. 
(Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.4         Mentadbir kelas dengan baik.
1.5         Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
1.6         Melaksanakan Diagnostik. (Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.7         Memfailkan data.
1.8         Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
1.9         Menyediakan sudut LINUS.

2.            Peranan Guru Bahasa/Guru Matematik/Guru Pemulihan
2.1         Mengikuti kursus dalaman LINUS.
·        Dikendalikan oleh guru LINUS.
2.2         Membantu pelaksanaan dan penyelarasan semua Saringan.
2.3         Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
2.4         Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.
2.5         Membantu guru LINUS untuk mengenal pasti murid LINUS Tegar.
2.6         Merancang jadual waktu untuk murid LINUS Tegar.
2.7         Mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar .
2.8         Menjalankan Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.
2.9         Selepas saringan 2 Tahun 1 dan tahun berikutnya, guru pemulihan akan mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar.



3.            Peranan Pentadbir Sekolah/Panitia Bahasa Melayu/Matematik
3.1         Mengenal pasti dan melantik guru LINUS.
3.2         Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah. (Rujuk Lampiran 4 )
3.3         Melantik AJK kerja LINUS (Surat Lantikan).
·        Paparkan di Papan Kenyataan
3.4         Menyediakan Fail.
i)             Fail Induk
·        Surat Menyurat dan Pekeliling
·        Carta Organisasi
·        Ahli Jawatankuasa
·        Minit Curai
·        Laporan
·        Minit Mesyuarat
·        Carta Proses Kerja
·        Biodata guru LINUS dan Pemulihan

ii)            Fail Keputusan Saringan
·        Analisa Keputusan Saringan
·        Borang Skor Individu murid Linus
iii)           Fail Maklumat peribadi murid LINUS

3.5         Membuat perancangan tahunan. (Rujuk Lampiran 5)
3.6         Mencetak soalan saringan.
3.7         Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun, September kepada PPD. (Rujuk Lampiran 6)
3.8         Melaksanakan Pemantauan Dalaman Program LINUS di sekolah dan menjalankan tindakan susulan.
3.9         Memberi motivasi kepada guru LINUS.
3.10      Bekerjasama erat antara pentadbir dengan ibu bapa/PIBG.
3.11      Menyediakan sudut LINUS


No comments:

Post a Comment