BALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru
yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1
Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin
lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk
diselesaikan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan
membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).








