KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama
seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di
bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan
tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak
berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah
sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment